Alor Gajah lokasi kedua TEKUN Mart
ALOR GAJAH, 24 DISEMBER 2020 : Cawangan kedua TEKUN Mart di Jelatang, Alor Gajah yang telah memulakan operasi pada 23 Disember lalu menawarkan pelbagai produk tempatan yang dapat menarik perhatian warga Melaka, terutamanya di Alor Gajah. Lebih menarik, operasi perniagaan TEKUN Mart yang dijalankan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam ini menyediakan lebih 100 SKU produk terutamanya daripada Usahawan TEKUN Nasional dan usahawan tempatan yang dijual dengan harga berpatutan.
TEKUN Mart Jelatang menawarkan Signature Product yang seperti T-asty Oden, aiskrim T-ice, Pau dan Dim Sum Mohd Chan dan minuman jus e-Zeal. Ruang istirehat bagi pelanggan menikmati hidangan juga turut disediakan, dengan keselesaan pendingin hawa dan tempat pengecas peranti pintar.
Sebelum ini, TEKUN Mart telah membuka cawangan pertama yang dikendalikan oleh TEKUN Corporation Sdn Bhd di Ara Damansara pada tahun 2019, di samping para pelanggan dapat membeli belah di TEKUN Edar Distribution Centre Bandar Tasik Selatan atau membeli secara dalam talian di Shopee dan Lazada.
No Comments