fbpx

MAKLUMAT KORPORAT

DI SINI POTENSI KEUSAHAWANAN BERMULA

MENGENAI KAMI

TEKUN Corporation Sdn Bhd adalah anak syarikat TEKUN Nasional dan telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Februari 2014. TEKUN Corporation telah ditubuhkan sebagai platform perkembangan dan pemasaran untuk membantu usahawan Malaysia khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS)

Perkhidmatan TEKUN Corporation merangkumi semua usahawan tempatan terutamanya mereka yang berada di bawah pemantauan, bimbingan dan berdaftar di bawah TEKUN Nasional.

TEKUN Corporation juga menyediakan perkhidmatan penjenamaan semula untuk melahirkan usahawan baru, perkhidmatan pengurusan hutang, pusat pengumpulan untuk semua produk dan ke dalam perkongsian strategik antara prospek yang berpotensi