PERDAGANGAN
DAN PERUNCITAN
KOMITED DALAM MENJADI PENERAJU PERDAGANGAN & PERUNCITAN DI MALAYSIA
BEROBJEKTIF DAN BERFOKUS
TEKUN Corporation Sdn Bhd beriltizam untuk melaksanakan inisiatif penting bagi menjadi peneraju perdagangan & peruncitan yang holistik dan bersepadu
TEKUN Mart
Peneraju pasaran Malaysia dalam sektor peruncitan dan memenuhi keperluan pelanggan dengan menyediakan pelbagai pilihan produk yang berkualiti dan terbaik
Pemasaran Produk Usahawan
Pemasaran dan pengedaran produk usahawan berkonsep 'standee' kepada kedai usahawan, kedai runcit serbaneka, restoran dan rangkaian kedai runcit. Memperluaskan akses jualan dan pemasaran produk usahawan
TEKUN Mart Mobile
Perkhidmatan lori bergerak untuk aktiviti pemasaran dan jualan secara mudah alih. Menggerakkan aktiviti jualan di kawasan terpilih untuk memberikan perkhidmatan yang lebih luas dan menyeluruh
Belian Atas Talian
Pembelian barangan melalui atas talian seperti kelengkapan rumah dan pantri pejabat. Meningkatkan capaian produk runcit, segar dan sejuk beku terus kepada pengguna
Original Equipment Manufacturer (OEM)
Menjadi pembekal kepada air mineral berkonsepkan OEM daripada pengilang usahawan bumiputera tempatan. Jaminan kualiti produk buatan Malaysia yang lebih baik daripada produk terkemuka
Ejen Jualan
Melantik ejen jualan bagi produk keluaran syarikat dan produk usahawan untuk meluaskan aktiviti jualan bagi memenuhi permintaan pelanggan. Sistem jualan yang amat berkesan bagi pengedaran dan pemasaran produk, terutamanya produk baru