Timbalan Menteri MEDAC rasmi TEKUN Mart Jelatang
ALOR GAJAH, 25 FEBRURARI 2021 : Cawangan ketiga TEKUN Mart di Pusat Perniagaan Jelatang di sini, menerima kunjungan Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi bersempena Majlis Perasmian TEKUN Mart Jelatang pada 24 Februari lalu.
Beliau telah membuat lawatan dan membeli belah di TEKUN Mart di samping kehadiran Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif TEKUN Nasional Datuk Adam Abd Ghani dan Pengurus Besar TEKUN Corporation Sdn Bhd Ahmad Hambali Zainal Ahmad yang mengiringi beliau.
Dalam kunjungan beliau, Datuk Mas Ermieyati memuji usaha TEKUN Mart yang dikendalikan oleh TEKUN Corporation Sdn Bhd yang ingin membantu dalam mempromosikan produk usahawan TEKUN serta memasarkannya secara terus tanpa orang tengah.
Pada majlis sama, beliau juga turut menyempurnakan Majlis Penyampaian Surat Tawaran “Dealer Own, Dealer Operate” dan penyampaian Skim Informal TEKUN daripada kalangan usahawan Masjid Tanah.
TEKUN Mart Jelatang, Alor Gajah merupakan cawangan kedua kedai serbaneka yang dibuka oleh TEKUN Corporation Sdn Bhd, selain TEKUN Mart Ara Damansara dan Singgah @ MEDAC Putrajaya. TEKUN Mart Jelatang dibuka pada setiap hari, jam 10 pagi hingga 10 malam.